Bukti rakyat Hong Kong tidak puas hati

Lam ketika bercakap pada sidang media di Hong Kong hari ini. - Foto Agensi
Lam ketika bercakap pada sidang media di Hong Kong hari ini. - Foto Agensi
A
A
A

HONG KONG - Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam hari ini mengakui kekalahan teruk parti pro-Beijing pada Pilihan Raya Majlis Daerah akhir minggu lalu jelas menunjukkan ketidakpuasan awam terhadap kerajaan dalam mengendalikan siri protes di bandar raya itu sejak lebih enam bulan lalu.

"Penduduk nyata bimbang dengan 'kekurangan' dalam kerajaan termasuk rasa tidak puas hati golongan itu dengan masa yang diambil terlalu lama oleh pentadbirannya untuk menangani persekitaran tidak stabil dan menghentikan keganasan," ujarnya.

Lam meluahkan perkara itu sehari selepas keputusan yang menyaksikan Demokrat menguasai hampir 90 peratus daripada 452 kerusi majlis daerah dalam pilihan raya tempatan pada Ahad lalu.

"Saya akui pilihan raya tersebut menjadi medium untuk kebanyakan pengundi menyuarakan pendapat dan pandangan masing-masing terhadap kerajaan dan diri saya sendiri.

"Mereka beranggapan kerajaan tidak menangani krisis di bandar raya ini dengan cekap dan mereka juga tidak lagi boleh bertolak-ansur dengan keganasan di jalanan," katanya lagi.

Menurutnya, kerajaan akan mengambil serius setiap pandangan yang disuarakan pengundi dan parti pro-Beijing akan terus berkhidmat untuk penduduk di hab kewangan Asia itu.

Walaupun tewas dalam pemilihan itu, kerajaan pusat dilaporkan tidak meminta Lam bertanggungjawab atas perkara itu.

Selain mengaku kesilapan kerajaan di bawah pimpinannya, Lam turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk kerana menunaikan tanggungjawab masing-masing walaupun ketegangan di Hong Kong masih belum reda.

Artikel Berkaitan:

"Saya harap situasi aman pada akhir minggu lalu adalah suara penduduk menentang keganasan," tambahnya. - Agensi