Sila log masuk terlebih dahulu.

'Ada pihak tak puas hati dengan PN sengaja mainkan isu perkauman' - Muhammad Fawwaz

10 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 10 APRIL 2023

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan enggan mengulas lanjut mengenai kertas siasatan berhubung kenyataan berunsur perkauman babitkan dirinya.

Muhammad Fawwaz hadir ke IPD Timur Laut pada jam 3 petang, Jumaat lalu untuk memberi keterangan berhubung perkara tersebut.

Sebelum ini, Muhammad Fawwaz menerusi Facebooknya dilaporkan memuat naik kenyataan berunsur perkauman namun telah memohon maaf.

Beliau berkata, kenyatan itu ditulis dan dimuat naik oleh pengendali Facebooknya, selain berharap isu tersebut tidak diperbesarkan kerana kenyataan itu sudah dipadam.

Muhammad Fawwaz juga menyatatakan isu terbabit sudah lama namun sengaja dimainkan semula oleh pihak tidak berpuas hati dengan Perikatan Nasional.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sahkan, PDRM serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sudah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan berunsur perkauman, membabitkan dua wakil rakyat daripada PN.

Kertas siasatan itu dibuka ke atas Presiden Pas juga Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Muhammad Fawwaz juga Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan yang mana, Muhammad Fawwaz didakwa membuat fitnah ke atas orang bukan Islam.

Artikel: https://bit.ly/40V1r5Y

Muzik: Elevate dari www.bensound.com