Mufti Perlis tegur artis nyanyi lagu sedih di majlis kahwin

Mohd Asri meluahkan pandangan peribadinya berhubung perkara tersebut di Instagram miliknya.
Mohd Asri meluahkan pandangan peribadinya berhubung perkara tersebut di Instagram miliknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Lagu dan irama memainkan peranan utama dalam sesebuah majlis perkahwinan kerana lagu bersesuaian dengan tema majlis dapat membangkitkan rasa cinta antara pasangan pengantin dan orang ramai.

Majlis perkahwinan adalah majlis menyambut kebahagiaan, kegembiraan dan penyatuan antara dua hati seharusnya diraikan dengan kegirangan.

Baru-baru ini, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meluahkan pandangan peribadinya berhubung pemilihan lagu sedih ketika beliau menghadiri sebuah majlis perkahwinan.

Katanya, pemilihan lagu bertemakan tentang kesedihan dalam bercinta tidak begitu sesuai untuk hari meraikan pasangan.

"Ada artis menyanyi lagu-lagu cinta di hari perkahwinan. Apa yang saya faham tema lagu-lagu tersebut semuanya tentang kesedihan dalam bercinta.

"Saya tak pasti apakah lagu-lagu sedih itu sesuai untuk hari kegembiraan?

"Keduanya, apakah percintaan itu hanya menjadi indah jika dibaluti kisah kecewa dan sedih? Bagaimana dengan cinta orang yang menang? Juga cinta orang yang nekad dan berjaya?

"Dunia ada banyak pilihan. Cinta jika hanya memenjarakan diri dalam kamar derita tidak wajar menjadi cinta yang dipuja," tulisnya di Instagram miliknya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pihak yang ditugaskan untuk menyanyi dalam setiap majlis sepatutnya lebih bijak dalam pemilihan lagu mereka agar ia kelihatan lebih bersesuaian dan indah.

Hantaran yang dibuat Mohd Asri itu ternyata mendapat perhatian para pengikutnya di Instagram.

Rata-rata bersetuju dengan pandangan beliau malah tidak kurang juga memberi pandangan peribadi berhubung perkara tersebut.

@zbs5044, "Hebat... padat dan tepat... kerana cinta itu satu anugerah yang terindah dalam hati setiap insan... nyanyian hanyalah satu dendangan halwa telinga, banyak orang mendengar tapi tak memahami."