Polis panggil penganjur bantu siasatan kes bendera bintang lima

Bendera Malaysia dengan lima bintang dipaparkan menerusi skrin digital ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.
Bendera Malaysia dengan lima bintang dipaparkan menerusi skrin digital ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur sudah memanggil penganjur Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) bagi membantu siasatan berhubung kesilapan memaparkan Jalur Gemilang dengan lima bintang ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28, di sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, MABA tampil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini jam 8 pagi tadi.

"Saya dimaklumkan, perunding IT yang dilantik oleh MABA untuk memainkan lagu Negaraku dan gambar bendera pada majlis tersebut dipercayai telah melakukan kesilapan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Polis Kuala Lumpur di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Mazlan berkata, penganjur juga telah membuat laporan polis berhubung kes ini pada jam 10 pagi tadi.

"Kita telah buka kertas siasatan berhubung kes ini," katanya.

MABA dalam satu kenyataan hari ini sudah membuat permohonan maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan memaparkan bendera Malaysia dengan lima bintang semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Bendera Malaysia bintang lima: MABA mohon maaf

Bendera bintang lima: Ambil tindakan paling tegas!

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan berasingan, seramai 332 orang penerima pingat Jasa Pahlawan yang terdiri daripada 207 Pegawai Kanan/Pegawai Rendah Polis Kuala Lumpur yang masih berkhidmat dan 125 pesara polis.

Pingat tersebut dianugerahkan kepada petugas polis bagi menghargai jasa kepahlawanan, pengorbanan dan kebaktian kepada negara semasa era Darurat dalam Perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu.