[VIDEO] 'Street food' di Korea tak halal?

Daud Kim telah membuat satu rakaman video di Myeongdong Street untuk melihat status halal makanan di lokasi tersebut.
Daud Kim telah membuat satu rakaman video di Myeongdong Street untuk melihat status halal makanan di lokasi tersebut.
A
A
A

SEOUL - Budaya dan makanan Korea dipaparkan dalam semua drama dan filemnya membuatkan kita teruja menikmatinya.

Jika berpeluang melancong ke Korea Selatan, tentu tidak mahu melepaskan peluang merasai sendiri hidangan wajib yang popular seperti kimchi, bibimbap dan tteokbokki.

Menyusuri lokasi makanan jalanan (street food) di negara itu yang menjadi tumpuan para pelancong namun adakah anda yakin dengan status makanan itu, sama ada ia halal atau tidak?

Seorang YouTuber Korea yang beragama Islam, Daud Kim telah membuat satu rakaman video di Myeongdong Street dimuat naik di Facebook miliknya.

Myeongdong dikenali sebagai pusat membeli-belah di Seoul. Kawasan ini sangat popular dengan pelancong kerana ada pelbagai cabang dari semua kedai kosmetik Korea, pakaian, aksesori, restoran, kedai kopi juga termasuk street food!.

Seorang YouTuber Korea yang beragama Islam, Daud Kim telah membuat satu rakaman video di Myeongdong Street dimuat naik di Facebook miliknya.
Seorang YouTuber Korea yang beragama Islam, Daud Kim telah membuat satu rakaman video di Myeongdong Street dimuat naik di Facebook miliknya.

Ketika anda bersiar-siar di sekitar Myeongdong, anda akan melihat ada vendor dengan gerai menjual barang di sepanjang jalan utama.

Anda akan terkejut dengan pelbagai jenis makanan yang ditawarkan oleh gerai-gerai ini, bermula dari makanan ringan Korea yang typical ke Kebab Turkish Doner dan Shawarma!

Artikel Berkaitan:

Menerusi rakaman itu, Daud telah mendedahkan status halal makanan di situ kerana menurutnya, kawasan itu sering dipenuhi pelancong beragama Islam.

Lebih mengejutkan, pendedahan video berdurasi 8 minit 33 saat itu kebanyakan rakyat Korea tidak mengenali apa itu halal.

Daud bersama rakannya dari negara Turki, Sena melakukan eksperimen sosial dengan pergi ke setiap gerai dan bertanyakan kepada peniaga sama ada makanan tersebut halal atau tidak.

Rakaman itu menunjukkan ada beberapa gerai menampilkan logo halal namun ia meragukan.

Untuk kepastian, Sena meminta sijil Pengesahan Halal tetapi pekerja menolak permintaan itu dengan memberi alasan dia hanya pekerja, bukan bos.

Terdapat juga beberapa peniaga yang turut memberi kerjasama dengan menyatakan status makanan yang mereka jual sama ada halal mahupun tidak
Terdapat juga beberapa peniaga yang turut memberi kerjasama dengan menyatakan status makanan yang mereka jual sama ada halal mahupun tidak

Terdapat juga beberapa peniaga yang turut memberi kerjasama dengan menyatakan status makanan yang mereka jual sama ada halal mahupun tidak.

Selain itu, Daud dan Sena turut menghubungi pengedar ayam yang membekalkan ayam kepada peniaga-peniaga di Myeongdong Street.

Tujuannya adalah untuk bertanyakan sama ada ayam yang dibekalkan itu mempunyai status halal.

Menerusi perbualan telefon itu, syarikat pengedar ayam itu memberitahu pihaknya tidak dapat mengesahkan jika semua ayam yang dibekalkan ke peniaga di lokasi pelancongan itu benar-benar 100 peratus berstatus halal.

Video tersebut telah mendapat pelbagai respons daripada netizen yang sehingga kini meraih lebih 1.3 juta tontonan, 24,000 perkongsian dan 30,000 tanda suka hingga tular di laman sosial.

Netizen yang menonton video itu turut mengucapkan berterima kasih dengan perkongsian yang membuka mata umat Islam jika berkunjung ke Korea.

Fara Adam berkata, dia pernah menjejakkan kaki ke Korea namun dia mengelakkan pergi ke lokasi makanan jalanan kerana meragui status halal.

Kata Shidah Ab Rashid, "Kakak ipar berada di Korea, dia pun beritahu elak ke street food di sana kerana lebih dari 90 peratus tidak halal. Kebanyakan penjual menggunakan bahan mengandungi lemak babi."

Don’t Eat Korean Street Food?!

Don’t Eat Korean Street Food?!

Posted by Daud Kim on Friday, November 22, 2019