Bendera bintang lima: Ambil tindakan paling tegas!

Bendera Malaysia dengan lima bintang dipaparkan menerusi skrin digital ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.
Gambar kecil: Steven
Bendera Malaysia dengan lima bintang dipaparkan menerusi skrin digital ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam. Gambar kecil: Steven
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong mahu tindakan paling tegas diambil terhadap pihak yang sengaja mencemarkan maruah bendera Malaysia, Jalur Gemilang ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.

Beliau menegaskan, bendera Malaysia dengan lima bintang yang dipaparkan menerusi klip video bersama logo Westport ketika nyanyian lagu Negaraku bukan perkara yang remeh.

“Berkenaan peristiwa menggunakan Jalur Gemilang yang salah di perlawanan bola keranjang anjuran Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) semalam, saya telah menghubungi Presiden MABA untuk mendapatkan penjelasan beliau.

“Saya menegaskan bahawa satu tindakan paling tegas perlu diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab kerana hal berkaitan Jalur Gemilang tidak boleh dipandang ringan.

“Pihak MABA akan mengadakan sidang media pagi ini untuk memberikan penjelasan lanjut kepada rakyat Malaysia. Jalur Gemilang maruah Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

MABA hari ini memohon maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan memaparkan bendera Malaysia dengan lima bintang berkenaan.

Steven Sim melalui kenyataan hari ini mahu tindakan paling tegas diambil terhadap pihak yang sengaja mencemarkan maruah bendera Malaysia, Jalur Gemilang ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.
Steven Sim melalui kenyataan hari ini mahu tindakan paling tegas diambil terhadap pihak yang sengaja mencemarkan maruah bendera Malaysia, Jalur Gemilang ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Bendera Malaysia bintang lima: MABA mohon maaf

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, semasa majlis perasmian itu, pasukan penyiaran secara tidak sengaja mempamerkan bendera Malaysia yang salah di skrin TV stadium.

Sejak malam tadi video berdurasi 1 minit 42 saat itu tular di media sosial.

Netizen mengecam tindakan penganjur dan mendesak MABA dikenakan tindakan sewajarnya kerana tidak peka dengan sensitiviti.