Polis siasat berita palsu dakwa Sultan Johor mangkat

Berita palsu tentang kemangkatan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tersebar di media sosial sejak semalam.
Berita palsu tentang kemangkatan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tersebar di media sosial sejak semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor mengesahkan menerima empat laporan berhubung dakwaan kemangkatan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar oleh pihak tidak bertanggungjawab yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, dakwaan terbabit tidak benar benar dan kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Saya berharap orang ramai bertenang dan tidak membangkitkan kekacauan dengan isu yang sensitif ini.

“Kita bekerjasama dengan Bukit Aman dan tidak akan ada kompromi memastikan pelakunya dibawa ke mahkamah,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Piala Bola Jaring di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kulai Besar di sini hari ini.

Terdahulu, Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim telah memuat naik gambar baginda bersama Sultan Johor di laman Facebook rasminya, HRH Crown of Johor semalam sekaligus menafikan spekulasi itu.

Tunku Ismail dilihat merakamkan gambar sambil tersenyum manakala Sultan Ibrahim pula sedang memandang telefon bimbitnya.

Artikel Berkaitan: