X

Kindly register in order to view this article
!

Projek tambak laut musnahkan kampung nelayan

A
A

GEORGETOWN - Keghairahan kerajaan negeri menjalankan projek tambak laut termasuk Projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) akan menghapuskan warisan kampung nelayan tradisi di negeri itu.

Pengerusi Pertubuhan Warisan Tanah dan Teroka Bandar (Teroka), Zikrullah Ismail berkata, dalam era globalisasi sekarang, soal warisan seolah-olah langsung tidak diendahkan di negara ini.

Menurutnya, ia berbeza di negara-negara maju kerana mereka menjadikan warisan sebagai satu aset untuk terus berkembang dari sudut ekonomi, sosial dan seumpamanya.

Katanya, projek tambak laut sedia ada sebelum ini telah banyak memusnahkan kampung-kampung nelayan tradisi Melayu di Pulau Pinang terutama di Jelutong dan Tanjung Tokong.

“Keadaan nelayan di Jelutong dah daif sangat, tertindas sangat dah dan ramai lagi nelayan di Glugor dan Batu Uban juga tertindas teruk.

“Kita juga dah tengok bagaimana tersisihnya nelayan Tanjung Tokong yang dihimpit segala pembangunan yang akhirnya pembangunan itu merubah segala sejarah, merubah segala asal usul di situ seolah-olah di situ tak ada bekas langsung bahawa nelayanlah yang mula membuka tempat itu.

“Sekarang kenapa pula mahu diganggu nelayan di selatan Pulau Pinang di mana kita sedia maklum di situ ada semua nelayan pelbagai bangsa,” katanya selepas melakukan tinjauan di jeti nelayan Jelutong bersama kru laporan khas Sinar Harian.

Zikrullah berkata, projek tambakan laut sedia ada yang telah dibuat membuktikan semua pembangunan yang dibuat menyisihkan nelayan kerana kelompok nelayan tidak naik bersama pembangunan.

“Apa maknanya pembangunan yang menyisihkan orang-orang tempatan. Apakah itu kemajuan dan pembangunan? Pembangunan jenis apa begini sedangkan sedangkan dalam rancangan struktur negeri ada sentuh soal mempertahankan kampung-kampung warisan tapi yang berlaku adalah sebaliknya.

“Sepatutnya pembangunan memberi satu nikmat kepada orang tempatan tapi sekarang pembangunan menyebabkan berlaku penindasan secara halus terhadap orang tempatan dari sudut warisan dan sejarah,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri sepatutnya menaik taraf kawasan itu agar menjadi lokasi eko pelancongan untuk mengangkat industri pelancongan warisan negeri dan bukan memilih untuk membuat tambakan laut di kawasan itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus