X

Kindly register in order to view this article
!

Kedah juga 'juara' penghidap darah tinggi

Dr Ismail (barisan kedua, empat dari kanan) bergambar bersama peserta pada Program Khatan Perdana di Masjid Maarif Kampung Huma, Mukim Padang Hang, Alor Setar hari ini.
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah mengakui negeri itu sebagai 'juara' apabila mencatatkan jumlah penghidap penyakit kencing manis tertinggi di Malaysia.

Malah, laporan berkaitan perkara itu juga tular kelmarin.

Exco Kesihatan, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, selain penyakit kencing manis, Kedah juga adalah negeri tertinggi yang mempunyai penghidap penyakit darah tinggi.

"Ya betul, kita berada pada kedudukan pertama rakyat yang menghidap penyakit kencing manis iaitu sebanyak 25.4 peratus berdasarkan laporan NHMS (Kajian Morbidity Kesihatan Peringkat Kebangsaan).

"Namun, ia bukan bermakna kita berbangga dengan rekod tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Khatan Perdana di Masjid Maarif Kampung Huma, Mukim Padang Hang di sini hari ini.

Dr Ismail berkata, kerajaan negeri mengambil pelbagai inisiatif bagi memastikan masalah rakyat yang menghidap penyakit berkenaan dapat dikawal.

"Satu mesyuarat akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi membincangkan beberapa perkara termasuk kempen kesedaran dan mengubah budaya pemakanan," katanya.

Menurutnya, sebanyak 13 Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) melibatkan orang awam juga ditubuhkan tahun ini seperti saringan kesihatan demi mendidik masyarakat mengenai amalan gaya hidup sihat.

"Kita juga menyasarkan kira-kira 50 Kospen ditubuhkan tahun depan," katanya.

Dr Ismail turut menasihatkan masyarakat agar menjaga pemakanan dan mengawal pengambilan gula terutama minuman manis.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis menafikan dakwaan bahawa negeri itu mencatat jumlah tertinggi penghidap kencing manis.

Sebelum ini, dilaporkan Kedah menjadi negeri tertinggi yang rakyatnya menghidap penyakit kencing manis dengan 25.4 peratus, atau satu daripada empat orang berumur 18 tahun ke atas, menghidap penyakit tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kencing manis: Bukan Perlis, tetapi Kedah paling tinggi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!