Peranan besar NGO di Kelantan

Sebahagian peserta bergambar selepas menamatkan persidangan NGO Kelantan bagi tahun 2019.
Sebahagian peserta bergambar selepas menamatkan persidangan NGO Kelantan bagi tahun 2019.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan meletakkan keyakinan tinggi terhadap badan bukan kerajaan (NGO) dalam pembangunan membabitkan aspek kebersihan, menangani gejala sosial dan industri hiliran.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, terdapat 150 NGO di Kelantan yang mempunyai kepakaran masing-masing dan boleh menyumbang ke arah Kelantan bersih, membendung gejala sosial dan peningkatan ekonomi.

"Kesemua NGO itu boleh digerakkan berdasarkan portfolio mereka. Ada yang boleh menjadi tulang belakang bagi merealisasikan hasrat pentadbir negeri untuk kebaikan rakyat,” katanya selepas menghadiri Sidang NGO Kerajaan Negeri Kelantan 2019 semalam.

Persidangan sehari membabitkan 300 wakil NGO itu dirasmikan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Hadir sama Pengarah Urusetia Belia dan Sukan Kelantan, Nasruddin Mahmud Muhaidin dan Pengarah Program Sidang NGO Kelantan 2019, Dr Wan Martina Wan Yusoff.

Mengulas lanjut, Wan Roslan berkata, penglibatan NGO selaras dengan amanat khas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob supaya NGO terlibat dalam tiga perkara itu.

Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan iaitu Kelantanku Bersih... Langkah Seterusnya, Peranan NGO Dalam Membanteras Gejala Sosial san Aktiviti Maksiat, manakala yang terakhir, Mewujudkan Peluang Pekerjaan Dari Industri Hiliran Sumber Asli Negeri.

Artikel Berkaitan: