Gangguan bekalan air 34 jam di Kuantan

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 25,000 pengguna di sekitar daerah ini akan mengalami gangguan bekalan air selama 34 jam bermula pagi tadi sehingga petang Selasa ini.

Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), Nurul Farhana Abdul Hamid, berkata, gangguan disebabkan kerja penyelenggaraan paip berukuran 1,000 milimeter yang pecah di jalan susur ke Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dari arah Bypass Semambu ke Kota Sultan Ahmad Shah (KotaSAS).

Menurutnya, antara lokasi yang terlibat dengan gangguan bekalan air itu ialah kawasan RRM Semambu; Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Semambu,Taman Pelindung, Pelindung Aman, Kuarters Polis, Pejabat Ukur, Air Putih 81 sehingga Air Putih 164.

"Seluruh kawasan di Indera Mahkota (IM) 1,2,3, Taman Shahzan, Kampung Tiram, Tiram Aman, Kampung Paya 3, Cenderawasih Persona, 4,5, Bukit Setongkol Perdana, Widas, Balai Bomba IM, lokap IM, Pejabat Kerajaan,6,7 Taman Bandar,8, UIA, JKR Daerah Kuantan, 9,10( Bukit Istana) 11, 12 ( Alam Perdana),13 (Mahkota Height),14,15,16, dan KotaSAS.

"Turut terjejas di Jalan Sungai - Lembing Kg Padang, Astana, Kuarters Kobat, SMV Pendidikan Khas,Kampung Padang, Taman Impian, Tanjung Pasir, Bukit Kuin, Bukit Bakong, Batu Sawar, Sungai Riau dan Kubang Puyu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, semua pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya sebagai persediaan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berkenaan.

“Pengguna yang ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di talian 09-573 9999,” katanya.

Artikel Berkaitan: