Guan Eng nafi kerajaan anak tirikan Pulau Pinang

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
A
A
A

GEORGETOWN - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menafikan dakwaan beberapa pihak kononnya kerajaan menganaktirikan Pulau Pinang walaupun berlaku peralihan kuasa sejak tahun lalu.

Sebaliknya beliau berkata, peruntukan negeri itu menunjukkan peningkatan berbanding ketika pemerintahan terdahulu.

Jelasnya, Pulau Pinang hanya diberi peruntukan sebanyak RM547 juta dua tahun lalu dan jumlah itu meningkat kepada RM857 juta tahun ini manakala RM980 juta bagi 2020.

"Saya merujuk kepada dakwaan pihak tidak bertanggungjawab bahawa Pulau Pinang terus dianaktirikan oleh kerajaan Persekutuan dari aspek peruntukan pembangunan dalam belanjawan. Ia kononnya masih berlaku walaupun peralihan kuasa daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) sejak tahun lalu.

"Dakwaan itu membelakangkan fakta dan tidak berasas. Peruntukan pembangunan untuk Pulau Pinang sebenarnya telah bertambah," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, kerajaan Persekutuan kini menghadapi cabaran besar untuk memastikan pengagihan peruntukan kepada semua negeri berdasarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan tiada diskriminasi.

"Kerajaan PH cuba memperbetulkan diskriminasi yang berlaku sebelum ini kepada negeri-negeri pembangkang seperti Pulau Pinang namun ia tertakluk kepada kemampuan kedudukan kewangan dan fiskal negara," katanya.

Artikel Berkaitan: