Krismas pertama selepas koma empat tahun

Willey koma selama empat tahun selepas ditumbuk secara tiba-tiba.
Willey koma selama empat tahun selepas ditumbuk secara tiba-tiba.
A
A
A

NEWCASTLE - Seorang lelaki bakal menyambut Hari Natal pertamanya selepas koma selama empat tahun akibat ditumbuk empat tahun lalu.

Stephen Willey, 49, koma selepas diserang Nicholas Graham ketika sedang menunggu bas di Newcastle, England pada 23 Disember 2015.

Akibat serangan itu, tengkoraknya retak dan dia mengalami kecederaan otak yang serius.

Januari lalu, Willey akhirnya sedarkan diri dan mula belajar untuk berjalan, bercakap dan makan.

Menurut keluarganya, sambutan Krismas pada tahun ini lebih bermakna kerana mereka sekeluarga dapat berkumpul dan makan bersama terutamanya selepas Willey terlepas empat sambutan perayaan itu sepanjang dia jatuh sakit.

Mengimbas kembali ketika dia diserang, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam (waktu tempatan) ketika dia dan isterinya Paula sedang menunggu bas apabila Graham datang secara tiba-tiba dalam keadaan marah selepas bertengkar dengan bekas teman wanitanya.

Graham kemudiannya terus memukul Willey tanpa sebab sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan parah dan terpaksa menjalani pembedahan kecemasan.

Pada Mei 2016, Graham dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun setengah selepas mengaku bersalah mengakibatkan kecederaan teruk pada Willey dan melanggar perintah mahkamah supaya menjauhi bekas teman wanitanya itu.

Artikel Berkaitan:

Jika dahulu, Willey merupakan seorang yang aktif bersukan dan gemar menunggang basikal, kini dia memerlukan penjagaan rapi 24 jam serta dalam usaha membina semula kekuatannya. - Agensi

Willey gemar menunggang basikal ketika masih sihat.
Willey gemar menunggang basikal ketika masih sihat.