Kamarul kekal pembantu khas Adun Pekan Nanas

Tung Siong ditemui di luar IPD Pontian.
Tung Siong ditemui di luar IPD Pontian.
A
A
A

PONTIAN - Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong akan mengekalkan Kamarul Ariffin Harris Fadzillah sebagai pembantu khas beliau biarpun telah mengeluarkan kenyataan yang dianggap sebagai memperlekeh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beliau berpendapat, kenyataan dikeluarkan Kamarul berhubung isu Pulau Kukup pada Khamis lalu tidak bersifat fitnah, makian atau memburukkan mana-mana pihak.

Bagaimanapun Tung Siong menegaskan, beliau tidak bersetuju dengan bahasa yang digunakan kerana berpandangan ia tidak bersesuaian.

"Kamarul sudah pun membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuat di Facebook," katanya.

Tung Siong memberitahu Kamarul sudah lima tahun menjadi pembantu khas beliau selepas memenangi kerusi Dun Pekan Nanas pada PRU13 lalu.

Ditanya tentang jawatan ahli Majlis Daerah Pontian yang disandang Kamarul, Tung Siong menyerahkan hal tersebut kepada kerajaan negeri.

Terdahulu, Kamarul bersama Tung Siong dan beberap pemimpin parti kompenan PH Parlimen Tanjung Piai hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Pontian jam 8 malam ini.

Kehadiran Kamarul ke IPD Pontian bagi menyambil keterangan berhubung kenyataan dikeluarkan di Facebook sebelum membuaf permohonaan maaf kepada seluruh kerabat Diraja Johor, semalam.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim.

Usaha mendapatkan komen dari Kamarul masih belum berhasil memandangkan beliau masih memberi keterangan di IPD Pontian.