Lelaki dikhuatiri hilang dipercayai terjatuh Sungai Golok

Tempat di mana mangsa (Mangsa, Ahmad Nazri Aziz, 22) dipercayai terjatuh. - Foto: Ihsan pembaca
Tempat di mana mangsa (Mangsa, Ahmad Nazri Aziz, 22) dipercayai terjatuh. - Foto: Ihsan pembaca
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Golok di sini sekitar jam 6.50 petang tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Pegawai Bomba Kanan II, Tuan Abdul Halim Tuan Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.57 petang.

Menurutnya, mangsa dikenali Ahmad Nazri Aziz berusia 22 tahun.

“Seramai enam anggota bersama sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat,” katanya.

Katanya, operasi akan kembali disambung pada esok hari.

Selipar kepunyaan mangsa ditemui di tepi Sungai Golok. Foto: Ihsan pembaca
Selipar kepunyaan mangsa ditemui di tepi Sungai Golok. Foto: Ihsan pembaca

Artikel Berkaitan: