ADUN BN dapat peruntukan RM250,000

Ahmad Samsuri ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2020 di Wisma Darul Iman semalam. Foto Urus Setia Penerangan Darul Iman
Ahmad Samsuri ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2020 di Wisma Darul Iman semalam. Foto Urus Setia Penerangan Darul Iman
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu mengumumkan bantuan am sebanyak RM250,000 kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bukan kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2020.

Pengumuman itu dilihat membuka lembaran baharu terhadap jalinan kerjasama antara Pas dan UMNO menerusi Muafakat Nasional untuk membangunkan Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia menunjukkan komitmen daripada kerajaan negeri yang mahu melihat suasana politik di Terengganu dan negara ini berlangsung dalam keadaan aman dan harmoni.

“Cabaran sedang menunggu kita di gerbang tahun 2020 tetapi saya yakin dengan semangat muafakat rakyat Terengganu, kita akan bersama-sama membangunkan negeri ini ke arah mencapai negeri maju, berkat dan sejahtera.

“Setelah pengamalan budaya politik matang dan sejahtera dalam pentadbiran kerajaan negeri, kini kita sedang menyaksikan kuntuman bunga sedang harum mekar dalam taman yang dinamakan Muafakat Nasional atas dasar Islam,” katanya pada sesi pembentangan Belanjawan Terengganu 2020 di Wisma Darul Iman di sini.

Terengganu kini mempunyai 10 ADUN bukan kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) manakala selebihnya daripada Pas.

Artikel Berkaitan: