Bumbung terbang di Manjoi

Keadaan rumah Rokiah yang rosak teruk akibat ribut di Kampung Tengku Husin, Manjoi, di sini.
Keadaan rumah Rokiah yang rosak teruk akibat ribut di Kampung Tengku Husin, Manjoi, di sini.
A
A
A

IPOH - Kejadian ribut yang melanda beberapa kampung di Manjoi mengakibatkan sebahagian rumah penduduk rosak.

Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa rumah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung selain terdapat rumah yang ditimpa pokok.

Seorang penduduk, Halimatun Mat Dalil, 57, berkata, kejadian berlaku sebelum Asar kira-kira jam 4 petang.

Tidak hanya rumahnya, malah rumah milik ibunya, Rokiah Ibrahim,86, lebih teruk dilanda ribut.

“Ibu tinggal bertiga, tapi pada masa kejadian, hanay itu seorang diri dan saya ke rumah ibu untuk menemaninya.

"Masa itu angin sangat kuat. Barang-barang di dapur habis bersepah ditiup angin. Kami tak berani nak keluar rumah sampailah angin kuat tu hilang," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Tengku Husin, Manjoi, di sini, hari ini.

Halimaton
Halimaton



Katanya, kejadian ribut seumpama itu pernah berlaku cuma tidak seteruk hingga menyebabkan bumbung tercabut.

“Buat sementara waktu ini, kami akan tinggal di rumah saudara mara berhampiran sehingga rumah kami selamat diduduki,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut meluangkan masa melawat beberapa rumah mangsa yang terjejas.