Polis serbu dua parti liar di kondominium

Antara individu yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Ampang di sini semalam.
Antara individu yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Ampang di sini semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menyerbu dua parti liar di dua unit kediaman berasingan di sebuah kondominium di Jalan Ampang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, dalam serbuan pertama, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju menyerbu sebuah unit kondominium pada jam 10.30 pagi.

"Seramai 34 remaja termasuk tujuh perempuan telah ditahan. Turut ditahan dua perempuan disyaki penganjur parti persendirian tersebut.

“Pemeriksaan lanjut di unit kondominium itu kemudian menemui satu paket plastik berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah ketamin. Kita turut merampas pil ecstacy, pil erimin 5 dan dadah jenis ketamin," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rajab berkata, serbuan kedua pula dilakukan di unit berlainan kondominium yang sama pada jam 12 tengah hari kerana disyaki menganjurkan parti liar.

"Hasil serbuan kedua, polis menahan lapan remaja lelaki dan empat remaja perempuan berusia di antara 16 hingga 25 tahun," katanya.

Menurutnya, polis merampas pil disyaki dadah jenis ecstacy, satu paket plastik disyaki dadah ketamin dan satu paket plastik berisi cecair disyaki air ketum.

"Kesemua individu yang ditahan dibawa ke IPD Wangsa Maju untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.