Pelancong maut terkena kipas bot di Phuket

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BANGKOK - Seorang pelancong Jerman maut selepas terkena kipas bot laju ketika sedang berenang di sebuah pantai di Phuket, Thailand semalam.

Timbalan Ketua Polis di balai polis Kamala, Leftenan Kolonel Sompong Julruang berkata, mangsa dikenali sebagai Helmut Prock, 63, telah berenang sejauh 50 hingga 60 meter dari kawasan dibenarkan di pantai Kamala.

"Ketika kejadian pemandu bot sedang dalam perjalanan pulang ke pantai dan tidak nampak lelaki itu berada berdekatan dengan bot.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian tangan dan lutut kiri. Dia dibawa ke Hospital Patong namun disahkan meninggal dunia," katanya.

Kedutaan Jerman telah dimaklumkan mengenai insiden maut tersebut.

Pemandu bot itu didakwa kerana melakukan pembunuhan akibat kecuaian, hukuman yang boleh membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda AS$661 (RM2,758).

Difahamkan, mangsa tiba di Phuket kelmarin. - Agensi

Artikel Berkaitan: