Polis buru tiga suspek larikan Alphard

Paparan rakaman kejadian samun kenderaan yang tular di Facebook baru-baru ini.
Paparan rakaman kejadian samun kenderaan yang tular di Facebook baru-baru ini.
A
A
A

PASIR GUDANG - Polis sedang memburu tiga lelaki bagi membantu siasatan kes samun dan melarikan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang tular di media sosial baru-baru ini.

Difahamkan rakaman video kejadian yang dipercayai berlaku di Jalan Keembong Taman Johor Jaya di sini, Rabu lalu itu tular di Facebook memaparkan sekumpulan lelaki yang dilihat mengugut seorang lelaki dipercayai pemilik kenderaan dicuri itu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Ismail Dollah berkata, polis menerima laporan daripada mangsa membabitkan MPV jenis Toyota Aplhard miliknya pada jam 8.33 pagi pada hari sama.

"Buat masa ini, kami difahamkan suspek tiga lelaki yang juga menaiki kereta jenis Toyota Alphard. Siasatan awal turut mendapati kesemua mereka telah bertindak menyamun dan melarikan kereta milik mangsa.

"Kesemua mereka masih dikesan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, menerusi rakaman video berdurasi 38 saat yang tular itu, seorang lelaki dipercayai mangsa dilihat sedang duduk dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang diparkir di hadapan rumahnya.

Dia kemudiannya diserang tiga lelaki yang menaiki kereta jenis Toyota Alphard berwarna putih termasuk salah seorang suspek bertindak menolak mangsa keluar dari MPVnya sebelum terus melarikan kenderaan itu.

Artikel Berkaitan: