X

Kindly register in order to view this article
!

'Mereka bukan lagi AJK DAP Perak'

Keratan artikel mengenai keputusan 2 ADUN DAP yang mahu kembali memegang jawatan di dalam parti.
A
A

IPOH - Jawatankuasa DAP Perak akan bermesyuarat dalam masa terdekat membincangkan kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Leong Cheok Keng dan ADUN Pokok Assam, Leow Thye Yih yang mengumumkan mahu kembali memegang jawatan di dalam parti.

Dalam kenyataan ringkas kepada media hari ini, jawatankuasa itu memaklumkan kedua-dua ADUN itu tidak lagi berada di dalam Jawatankuasa DAP Perak selepas mereka mengumumkan peletakan jawatan sebelum ini.

"Berkenaan pengumuman mereka hari ini, pihak jawatankuasa negeri parti akan mengadakan mesyuarat pada masa dan waktu yang sesuai untuk membuat keputusan," katanya kepada media hari ini.

Kenyataan itu dibuat selepas Cheok Keng mengumumkan untuk kembali semula ke dalam jawatankuasa negeri selepas meletakkan jawatan sebelum ini.

Keputusan bersama Thye Yih itu dibuat setelah dipujuk dan dinasihat oleh Exco Kerajaan Perak, Paul Yong Choo Kiong supaya kembali ke dalam Jawatankuasa DAP Perak.

ARTIKEL BERKAITAN 2 ADUN DAP kembali sertai jawatankuasa parti


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus