Bintang YouTube tercekik cili paling pedas

Hugo Lara tercekik dan mengalami kesukaran bernafas di sofa sebelum dibawa ke hospital.
Hugo Lara tercekik dan mengalami kesukaran bernafas di sofa sebelum dibawa ke hospital.
A
A
A

MECIXO CITY - Gara-gara ingin menyahut cabaran memakan cili, seorang bintang YouTube terkenal dilaporkan tercekik dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Pelawak Mexico, Hugo Lara turut merakamkan aksinya sedang memakan dua biji cili habanero, cili yang paling pedas di dunia.

Dia bagaimanapun tercekik ketika mengunyah cili tersebut dan terpaksa dirawat di hospital selepas jatuh sakit.

Bagaimanapun, insiden itu tidak menghalangnya memuat naik video berkenaan di saluran YouTubenya yang menyaksikan hampir 500,000 tontonan.

Klip video itu menunjukkan bagaimana dia bersama adiknya, Yazmin dan dua lagi wanita mula memakan cili pedas.

Dia kemudian batuk dan mula tercekik dan mengalami kesukaran bernafas di sofa.

Salah seorang wanita dalam rakaman video itu segera membantu dengan menepuk belakangnya.

Menerusi kenyataan di laman sosial Facebook, bintang YouTube itu kini dalam keadaan baik. -Agensi

Artikel Berkaitan: