Bot karam, 13 nelayan hilang

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

RABAT - Sejumlah 13 orang hilang selepas sebuah bot nelayan karam semalam berhampiran bandar pesisir TanTan di Maghribi, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan laman sesawang akhbar barlamane.com.

Bot nelayan itu berlepas dari pelabuhan Agadir dengan 16 orang sebelum karam kira-kira 40 batu (64 kilometer) berhampiran pesisir TanTan, lapor laman sesawang tersebut yang memetik kenyataan sumber tempatan.

Tiga mayat telah dijumpai setakat ini, menurut laman sesawang itu yang menambah bahawa semua usaha digerakkan bagi mengesan 13 lagi yang dianggap hilang. - Bernama

Artikel Berkaitan: