Ruang bawah bangunan MAIWP terbakar

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ruang bawah bangunan milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Chow Kit di sini terbakar awal pagi tadi.

Menurut jurucakap pusat gerakan operasi bomba dan penyelamat Kuala Lumpur, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.27 pagi.

Tiga jentera dari Balai Bomba Penyelamat Titiwangsa, Hang Tuah dan Sentul dengan 33 anggota kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi enam minit kemudian, didapati kebakaran melibatkan ruangan di tingkat bawah bangunan yang dijadikan restoran.

"Kebakaran hanya membabitkan barangan perabot serta tiada mangsa yang terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Jurucakap itu berkata, api dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.02 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: