Guru baiki jalan rosak sebelum balik kampung

Ab Hadi merakam foto di lokasi gotong royong di Bukit Kelabu, Pos Balar.
Ab Hadi merakam foto di lokasi gotong royong di Bukit Kelabu, Pos Balar.
A
A
A

GUA MUSANG - Guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman orang asli mengambil inisiatif melakukan gotong-royong membaiki jalan yang rosak di Bukit Kelabu, Pos Balar bagi membolehkan ia dilalui dan memudahkan urusan pulang ke kampung sempena cuti persekolahan.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, Ab Hadi Sulaiman berkata, kerja-kerja yang dijalankan bersama penduduk kampung telah dilakukan sejak Selasa lalu melibatkan laluan yang menghubungkan beberapa kampung iaitu Kampung Peng, Dakoh, Balar Lama, Perawas, Epes, Kampung Barong dan Kampung Manjol.

SK Balar terletak 90 kilometer dari bandar Gua Musang yang perlu melalui jalan balak sejauh 60 kilometer dan 30 kilometer lagi jalan berturap.

"Hari ini hari terakhir persekolahan bagi penggal 2019, namun guru-guru dan kakitangan sekolah tidak dapat pulang ke kampung masing-masing sekiranya laluan ini tidak dibaiki.

Guru-guru dan penduduk orang asli bersama dalam membaiki laluan rosak.
Guru-guru dan penduduk orang asli bersama dalam membaiki laluan rosak.

"Jadi, kami sepakat untuk turun bersama orang kampung membaiki laluan. Laluan rosak ini tidak dapat digunakan oleh pacuan empat roda, hanya motosikal sahaja boleh menyeberanginya.

"Petang ini mungkin ada antara guru yang sudah merancang perjalanan untuk balik namun bergantung kepada keadaan jalan. Harap perjalanan kami dipermudahkan," katanya.

Hujan lebat yang berterusan di kawasan pedalaman orang asli menyebabkan beberapa laluan utama mereka rosak dan tidak boleh digunakan.

Artikel Berkaitan:

Hujan lebat yang berlarutan di kawasan pedalaman menyebabkan laluan utama mereka rosak.
Hujan lebat yang berlarutan di kawasan pedalaman menyebabkan laluan utama mereka rosak.

Situasi sama berlaku setiap tahun itu terpaksa dilalui 21 guru dan tujuh kakitangan SK Balar, di sini apabila mereka berdepan kesukaran untuk balik ke kampung halaman di musim cuti persekolahan.

Sebagaimana sebelumnya, dua kawasan utama iaitu jambatan Kampung Tapai dan Bukit Kelabu runtuh dan perlu dibaiki kerana ia merupakan laluan utama pelajar, penduduk kampung dan guru.