X

Kindly register in order to view this article
!

Cecair perisa vape bernilai RM112,170 dirampas

Anggota Aksem Perlis menunjukkan perisa cecair vape yang dirampas.
A
A

PADANG BESAR - Sebanyak 3,739 kotak cecair vape pelbagai perisa dirampas oleh pihak Agensi Keselamatan Sempadan (Aksem) Perlis bernilai RM112,170 di sebuah premis Jalan Kolam Kampung Kolam pada jam 3 petang, semalam.

Komander Aksem Perlis, Deputi Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya tiba ke premis berkenaan ketika pemiliknya sedang leka memunggah 71 jenis perisa vape yang baru tiba dengan sebuah lori dari Kuala Lumpur.

Menurutnya, pemilik premis berkenaan yang merupakan seorang lelaki berusia 39 tahun mengaku tidak mempunyai lesen penjualan perisa cecair vape berkenaan.

"Hasil siasatan mendapati pemilik premis berkenaan membekalkan perisa cecair vape itu kepada pembeli dari negara Thailand," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rodzi, suspek juga turut menjual cecair vape berkenaan untuk pasaran tempatan sekitar negeri ini.

"Suspek bertindak menjual perisa vape ini dengan harga RM30 hingga RM40 untuk satu botol.

"Perisa cecair vape yang paling banyak dirampas ialah jenis yogurt iaitu 260 botol," katanya.

Rodzi berkata, kes diserahkan kepada pihak penguatkuasa farmasi Kementerian Kesihatan Negeri Perlis atas kesalahan mengikut Seksyen 13(a) Akta Racun 1952.

"Jika sabit kesalahan, suspek akan dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi setahun bagi setiap pertuduhan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!