X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

RM6.5 bilion untuk Malaysia @Work

Dr Mahathir (tengah) melancarkan Persidangan Kesejahteraan Sosial 2019 dan Malaysia @Work di sini hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM6.45 bilion bagi program Malaysia @Work untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat sepanjang lima tahun akan datang.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, program berkenaan juga mempunyai banyak kesan jangka panjang yang berganda dan melangkaui tempoh masa lima tahun itu.

"Ia mewujudkan pekerjaan, mewujudkan peluang pembelajaran dan mewujudkan hubungan yang memerlukan kolaborasi," kata Perdana Menteri dalam ucaptama Persidangan Kesejahteraan Sosial 2019 dan melancarkan Malaysia @Work di sini hari ini.

Hadir sama dalam program anjuran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng serta pemimpin kanan kerajaan.

Perdana Menteri berkata, program itu dibantu oleh Kementerian Kewangan melalui KWSP selain Malaysia @Work turut membabitkan penglibatan aktif dan pemilikan moral daripada kementerian-kementerian lain.

"Bagi graduan, memfokuskan belia di tempat kerja dan perantis di dalam inisiatif kerja (di bawah) Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan.

"Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat akan meneliti wanita di dalam komponen kerja dan Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Sumber Manusia akan memberi tumpuan kepada keperluan penduduk tempatan di tempat kerja," katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri juga menekankan bahawa bukan sahaja beliau memerlukan Kementerian yang disebutkan untuk bertanggungjawab secara peribadi, namun seluruh Kabinetnya.

"Saya juga mengharapkan seluruh Kabinet untuk meningkatkan dan mengumpul sumber mereka serta bersedia memberi setiap sokongan untuk memastikan program ini menemui kejayaan.

"Sekiranya kita melakukan ini dengan baik, Malaysia @Work akan menjadi jawapan untuk memacu kemajuan mampan dan kesejahteraan sosial yang menyeluruh untuk seluruh negara," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!