The Reds tempang hadapi Palace

Salah berkemungkinan besar terlepas aksi menentang Palace, Sabtu ini.
Salah berkemungkinan besar terlepas aksi menentang Palace, Sabtu ini.
A
A
A

LIVERPOOL berkemungkinan besar berkunjung ke Selhurst Park Sabtu ini bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Crystal Palace tanpa dua pemain utamanya iaitu Mohamed Salah dan Andrew Robertson.

Kedua-dua pemain itu belum pulih daripada kecederaan pergelangan kaki dan turut terlepas aksi antarabangsa bersama pasukan kebangsaan mereka, baru-baru ini.

Kehilangan Salah dan Robertson itu bakal menjadi tamparan hebat buat The Reds selepas Salah cukup cemerlang menjaringkan sembilan gol serta lima bantuan gol manakala Robertson menjadi tunjang di bahagian pertahanan dan telah merekodkan empat bantuan gol dalam saingan liga.

Robertson mengakui kecewa kerana tidak dapat bermain ekoran kecederaan yang dialaminya apatah lagi telah terlepas beberapa perlawanan penting bersama pasukan kebangsaannya.

"Saya sebolehnya tidak peduli dan mahu bermain semua perlawanan. Tetapi, saya tidak mahu merisikokan diri dan akan mengalami lebih banyak kecederaan.

"Ia sudah tentu akan merosakkan musim saya di kelab dan pasukan kebangsaan. Saya perlu mendengar apa yang diperkatakan oleh doktor dan mungkin terlepas aksi dengan Palace.

"Dalam dua minggu terakhir ini saya tidak berlatih dengan sepenuhnya bersama Liverpool. Saya terlepas perlawanan Liga Juara-Juara menentang Genk dan Piala Liga Inggeris menentang Arsenal," katanya.

Selain Salah dan Robertson, The Reds juga kemungkinan kehilangan khidmat pemain pertahanannya, Joel Matip yang juga belum pulih daripada kecederaan lutut yang dialaminya ketika menentang Manchester United bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

Liverpool ketika ini berada di kedudukan teratas liga dengan 34 mata, berkelebihan lapan mata di atas Leicester City dan Chelsea yang menjadi pesaing terdekat mereka ketika ini.