Tun M, Anwar sependapat

Dr Mahathir ketika ditemui pemberita di Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2019 di sini hari ini.
Dr Mahathir ketika ditemui pemberita di Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2019 di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemimpin yang mahu menjadi Perdana Menteri perlu mengikut cara yang betul.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata, ia selari dengan pendapat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

"Saya bersetuju dengan dia (Anwar), kita mesti menggunakan cara yang betul," kata Perdana Menteri ketika ditemui pemberita pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2019 di sini hari ini.

Anwar semalam menegaskan, beliau tidak menghalang mereka yang berminat menjadi Perdana Menteri walaupun sebelum ini Pakatan Harapan (PH) bersetuju beliau bakal menggantikan Dr Mahathir.

Bagaimanapun katanya, perkara itu perlu dilakukan mengikut cara yang betul dan bukan melalui pakatan bersama kelompok tertentu atau mengadakan mesyuarat sulit bersama pihak tertentu.

Ahli Parlimen Port Dickson juga berkata, sebarang cubaan dibuat menerusi saluran tidak betul akhirnya akan mengalih tumpuan dan tanggungjawab sepatutnya diberikan kepada rakyat sebagai sebuah kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN Nak jadi PM ikut cara betul, bukan dengan pakatan sulit: Anwar

Artikel Berkaitan: