Warga emas rugi hampir RM120,000 diperdaya 'ejen pelaburan'

Mohd Wazir
Mohd Wazir
A
A
A

KUANTAN- Seorang warga emas mendakwa kerugian hampir RM120,000 semalam selepas wang yang dilaburkan untuk satu skim pelaburan dilesapkan tiga lelaki yang mengaku sebagai ejen.

Mangsa berusia 70 tahun diperdaya sehingga menyerahkan wang pelaburannya kepada suspek sebelum dia ditinggalkan di dalam kenderaannya di tempat letak kereta di sebuah pusat membeli-belah di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Mohd Yusof berkata, mangsa didatangi tiga lelaki tersebut di sebuah pasar raya di Air Putih dan memperkenalkan diri sebagai ejen satu skim pelaburan kerjasama Bank Negara dan Petronas.

"Suspek meyakinkan mangsa dengan menyerahkan sampul berisi wang RM200, baucar Petronas bernilai RM200 dan Kad Mesra.

"Mangsa bersetuju melabur dan ditemani suspek, warga emas itu mengambil wang di dua bank untuk mengeluarkan wang dengan jumlah keseluruhan RM119, 823.

"Mangsa kemudiannya di bawa ke sebuah pusat membeli-belah untuk menyerahkan wang tersebut kepada seorang lagi suspek sebelum kesemua mereka beredar tetapi memintanya menunggu di situ," katanya.

"Mangsa mula curiga apabila suspek tidak muncul malah keretanya juga tidak dapat keluar dari tempat letak kereta itu selepas kad parking diserahkan kepada lelaki tersebut sebelum mereka beredar," katanya.

Mohd Wazir berkata, selepas menyedari telah ditipu, mangsa membuat laporan polis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

"Kita percaya suspek menggunakan modus operandinya dengan memperdaya mangsa melalui tawaran pelaburan yang tidak wujud sehingga mendorong warga emas itu menyerahkan wangnya sebelum dilarikan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk usaha mengesan tiga suspek untuk tindakan selanjutnya," katanya.