X

Kindly register in order to view this article
!

Ini sebab Jelutong selalu ‘bising’ di Parlimen

Rayer pada program Debat Sinar Harian yang membawa tajuk ‘Malaysia Baharu: Pemimpin Tak Amal Politik Matang?’ di Dewan WUI, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini. -Foto Sinar Harian
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dikenali sebagai antara wakil rakyat yang lantang dan kerap ‘mengganggu’ perbahasan Ahli Parlimen lain dalam Sidang Dewan Rakyat.

Tindakannya itu menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak dan pada program Debat Sinar Harian malam ini, Rayer menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian.

“Perumpamaannya begini, dalam perlawanan bola sepak, saya memainkan peranan sebagai pertahanan.

“Kalau tak pertahankan dengan baik, nanti bola masuk dalam gol, habislah kami. Saya terpaksa sama ada lincah atau main kasar. Tujuan saya untuk mempertahankan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Debat Sinar Harian yang membawa tajuk ‘Malaysia Baharu: Pemimpin Tak Amal Politik Matang?’ di Dewan WUI, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam ini.

Debat tersebut turut disertai Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari dan dikendalikan personaliti televisyen, Saiful Nizam Ismail.

Rayer berkata, beliau turut cakna ramai orang menghentamnya.

“Mujur penampilan saya pada hari ini (Debat Sinar Harian), rakyat di sebelah sana tahu tentang saya dan harapnya akan tukar dan beri undi kepada PH,” katanya.