Isu ruang udara Johor mungkin dibincangkan dalam JMC - MB

Osman ketika sidang media, hari ini.
Osman ketika sidang media, hari ini.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Isu ruang udara Johor dan Lapangan Terbang Seletar dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri (JMC) Malaysia-Singapura.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, beliau akan bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke Singapura bagi menghadiri mesyuarat tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 14 Januari ini.

"Saya rasa walaupun tak termasuk dalam agenda, tetapi mungkin akan dibincangkan juga.

"Saya akan dapatkan segala maklumbalas daripada sana, baik dan buruk dia," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Medan Selera Iskandar Malaysia di Taman Nusa Perintis, di sini hari ini.

Osman berkata, beliau juga akan mengadakan mesyuarat dan taklimat bersama pihak berkaitan dalam masa terdekat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkara itu.

Katanya, isu berkenaan juga akan dibincangkan bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur.

"Saya akan 'highlight' tentang Johor, minta sedikit penerangan tentang ini, sebab saya tak dapat segala laporan.

"Cuma yang saya tahu melalui surat khabar. Jadi saya nak tanyalah beliau lebih lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Isu ruang udara berkisar tentang bantahan Malaysia terhadap penggunaan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) untuk Lapangan Terbang Seletar kerana menceroboh ruang udara Malaysia iaitu Pasir Gudang.