Tottenham singkir Pochettino

Mauricio Pochettino
A
A

TOTTENHAM Hotspur akhirnya memecat pengendali Mauricio Pochettino selepas permulaan buruk dilakar kelab itu pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Pengerusi Tottenham, Daniel Levy berkata, kelab pada hari ini mengambil keputusan melepaskan Mauricio Pochettino dan staf kejurulatihannya, Jesus Perez, Miguel D'Agostino dan Antoni Jimenez.

"Ini bukan satu keputusan yang mudah diambil lembaga pengarah kelab namun, disebabkan prestasi hambar penghujung musim lalu dan awal musim ini kelab memutuskan perubahan drastik perlu dilakukan.

"Biarpun kelab bersama Pochetino dan barisan staf melalui detik-detik sukar sejak kebelakangan ini namun, keputusan terpaksa diambil demi masa depan kelab ini," katanya.

Mauricio Pochettino
Mauricio Pochettino

Untuk rekod kelab kendalian pengendali dari Argentina itu kini menghuni tangga ke-14 liga selepas mengharungi 12 perlawanan.

Pochettino yang direkrut Tottenham pada Mei 2014 pada musim lalu berjaya membawa The Lilywhite itu ke final Liga Juara-Juara sebelum kecundang kepada Liverpool.