Presiden baharu: Tunggu sahaja pengumuman rasmi - Maszlee

Maszlee (tengah) bersama kakitangan Klinik Kesihatan Simpang Renggam.
Maszlee (tengah) bersama kakitangan Klinik Kesihatan Simpang Renggam.
A
A
A

SIMPANG RENGGAM - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik enggan mengulas desas-desus mengenai pelantikan bekas Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr Mohd Daud Bakar sebagai Presiden UIAM yang baharu.

Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata, beliau sudah melepaskan jawatan sebagai Presiden UIAM.

"Saya telah tandatangan surat peletakan jawatan dan sekarang kita tunggu sahaja pengumuman rasmi universiti tersebut termasuk calon-calon sesuai yang akan menggantikan saya.

"Jadi, saya serahkan kepada UIAM mengenai pelantikan presiden baharu ini," katanya kepada pemberita semasa Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Klinik Kesihatan Simpang Renggam, di sini, hari ini.

September lalu, Dr Maszlee dilantik sebagai Presiden UIAM ketujuh selama tiga tahun selepas diberi perkenan Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Ahmad Shah bagi menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim yang tamat kontrak pada Julai tahun lalu.

Beliau bagaimanapun mengumumkan untuk melepaskan jawatan berkenaan pada November lalu, selepas ia mencetuskan kontroversi dan mendapat bantahan ramai yang mempersoalkan kedudukannya sebagai menteri Kabinet.

Ketika ini, Naib Canselor UIAM, Datuk Dr Mohd Daud Bakar antara nama yang disebut bakal mengisi kekosongan jawatan Presiden itu.

Artikel Berkaitan: