Lelaki ditemukan mati dalam kereta

Lelaki ditemukan mati di dalam kereta Perodua Axia dengan enjin masih hidup.
Lelaki ditemukan mati di dalam kereta Perodua Axia dengan enjin masih hidup.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di dalam sebuah kereta yang diletakkan di lorong bangunan rumah kedai di Jalan Sri Cemerlang di sini hari ini.

Mangsa berusia 67 tahun dari Taman Desa Putra Pasir Pekan, Tumpat itu ditemui lengkap berpakaian oleh pekerja di bangunan berhampiran yang kemudian menghubungi talian kecemasan 999.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan penemuan tersebut pada jam 9.18 pagi.

Menurutnya, anggota dari Ibu Polis Daerah Kota Bharu bersama anggota ronda cegah jenayah, MPV dan trafik tiba di lokasi pada jam 9.25 pagi.

“Berdasarkan saksi awam memberitahu dia sampai di tempat kerjanya di Jalan Sri Cemerlang dan terlihat kereta jenis Perodua Axia dalam keadaan enjin masih hidup.

“Ketika mendekati kereta tersebut, saksi melihat seorang lelaki dalam keadaan tersandar di bahagian tempat duduk pemandu dan melihat sambungan paip getah dari ekzos ke bahagian pemandu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Saluran getah yang bersambung pada ekzos kereta terbabit. Gambar kecil: Abdul Rahim
Saluran getah yang bersambung pada ekzos kereta terbabit. Gambar kecil: Abdul Rahim

Abdul Rahim berkata, saksi berkenaan kemudian meminta bantuan orang awam dan menghubungi talian kecemasan serta polis.

Artikel Berkaitan:

“Ambulans Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ II) sampai di lokasi pada jam 9.40 pagi bersama penolong pegawai perubatan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

“Siasatan awal mendapati pintu kenderaan tiada kesan umpil, pemeriksaan dalam kenderaan tiada kesan geledah serta tubuh badan luaran tiada kesan cedera,” katanya.

Menurutnya, sebelum itu terdapat seorang lagi pekerja di syarikat berhampiran memberitahu melihat kereta terbabit dalam keadaan enjin hidup pada jam 6.30 pagi tetapi tidak mengesyaki sesuatu.

“Mayat dibawa ke Jabatan Forensik HRPZ II untuk bedah siasatan dan bagi mengetahui punca kematian.

“Polis mengesan waris dan siasatan masih diteruskan sementara kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.