SPRM tahan pegawai kanan polis Terengganu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pegawai kanan polis di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah RM80,000 semalam.

Menurut sumber, pegawai tersebut ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM Terengganu bagi memberi keterangan jam 12.30 tengah hari.

Kata sumber, penahanan suspek berusia 40-an itu ekoran maklumat awam dan risikan dibuat beberapa bulan sebelum ini.

"Difahamkan individu terbabit menyerahkan wang dengan melakukan beberapa transaksi ke dalam akaun suspek sejak tahun lalu.

"Dia dipercayai berbuat demikian sebagai dorongan agar tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana kesalahan jenayah yang dilakukan sebelum ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Zaki Hassan ketika dihubungi mengesahkan tangkapan pegawai terbabit.

Katanya, suspek kini direman enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana menerima suapan.

Artikel Berkaitan: