Cincin terjatuh ketika lamar kekasih di laut

Garth melamar Oiye ketika aktiviti luncur ombak.
Garth melamar Oiye ketika aktiviti luncur ombak.
A
A
A

HONOLULU - Malang tidak berbau. Itu nasib menimpa seorang lelaki apabila berputih mata setelah cincin lamaran kepada pasangannya hilang di dalam laut.

Mahu tampil kelainan, Chirs Garth melakukan aktiviti luncur ombak sebelum mengeluarkan cincin untuk melamar teman wanita, Lauren Oiye.

Namun ketika Garth berlutut dan melamar Oiye, cincin itu terjatuh ke dalam laut sewaktu wanita itu bersetuju untuk berkahwin.

Kejadian itu dilaporkan di pantai Queen Honolulu Haiwai minggu lalu.

Memetik laporan Republic World, Garth telah berkawan dengan Oiye dua tahun dan kini bersedia untuk hidup bersama.

Ketika ditanya insiden itu, Garth berkata, dia bersedia segala kemungkinan akan berlaku malah telah menyediakan sebentuk cincin lain untuk Oiye.

"Saya tahu apa-apa boleh berlaku dan ternyata ia benar. Ombak sangat kuat hingga saya terlepas cincin itu.

"Namun saya gembira kerana Oiye bersetuju dan pastinya momen ini akan dikenang sepanjang hayat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut laporan, kisah pasangan ini tular di laman sosial kerana kegigihan dan keunikan Garth melamar pasangan di atas laut ketika aktiviti luncur ombak.