X

Kindly register in order to view this article
!

Sesi pandu uji kereta terbang pertama negara Khamis ini

Mohd Redzuan
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa sesi pandu uji kereta terbang pertama negara dijangka dilakukan buat pertama kali Khamis ini di Subang.

Tegasnya, beliau sendiri akan melakukan pandu uji kenderaan yang boleh memuatkan dua orang itu.

Beliau turut mengundang ahli Parlimen pembangkang bagi menyaksikan sendiri sesi pandu uji kereta terbang berkenaan.

“Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar (Mohd Shahar Abdullah-BN) jika mahu. Kita boleh duduk bersama kalau nak ambil gambar ketika kereta itu terbang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa bagi pihak kementerian.

Mohd Redzuan sebelum ini menjelaskan, prototaip kereta terbang juga dijangka dilancarkan akhir tahun ini.

Menurutnya, kos tersebut ditanggung pihak swasta dan tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: KL ke Pulau Pinang sejam guna kereta terbang


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!