X

Kindly register in order to view this article
!

UMT Spotlight: R&D Showcase 2019 ketengah kepakaran UMT

Penyerahan Geran Penyelidikan (Research Grant Awards) daripada Petronas Research and Scientific Service Sdn Bhd (PRSB) yang mewakili CEO Petronas Research Sdn Bhd, Nik Kamarulzaman Yusof kepada Prof Madya Dr Noraznawati Ismail melalui Projek Penyelidikan, Unveiling of Marine Fouling from Offshore Platforms for Sustainability Productions berjumlah RM1.08juta.
A
A

KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menganjurkan UMT Spotlight: R&D Showcase 2019 selama tiga hari bermula kelmarin.

Program berkenaan sempena Majlis Konvokesyen UMT ke-17 bagi mengetengahkan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) UMT yang memberi impak kepada industri dan masyarakat.

Pengarah Program, Zul-Atfi Hashim berkata, penganjuran program itu selari dengan kepakaran UMT sebagai universiti yang mempunyai fokus dan kekuatan dalam bidang Sains Marin dan Sumber Akuatik (Niche).

"Antara agenda lain yang dilaksanakan pada program itu ialah mempromosikan 'High Impact Publication', IP, Human Capital & Strategik R&D UMT. Program ini juga menarik rakan industri melalui inisiatif geran pembiayaan sepadan (matching grant) menerusi surat pernyataan hasrat (LOI) serta memorandum persefahaman (MoU).

"Ia juga sebagai strategi meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan selain berkongsi menawarkan kemudahan dan maklumat Makmal Alami Penyelidikan UMT seperti Pulau Bidong, Kenyir, Tanah Bencah Setiu dan Chagar Hutang," katanya.

Dalam perkembangan sama katanya, penganjuran program itu bertujuan berkongsi maklumat pemuliharaan alam sekitar serta hidupan marin, pemuliharaan penyu dan penjaminan keseimbangan ekosistem dan kepelbagaian biodiversiti.

Katanya, penganjuran program selama tiga hari itu turut tertumpu kepada 10 kluster iaitu Saving Sea Turtles with Science, UMT MyRA Achievements, Niche Research Grant Scheme, UMT Nature Research Station, Higher Institution Centre of Excellence - HI-COE, Interntional Networking & Industry Partners, Petronas Research Sdn Bhd (Research Grant) & Certerficate of Patent Granted, L'Oreal-UNESCO Fellowship for Women in Science (FWIS) & Antarctica Research Project (YPASM), First Institute of Oceanography (FIO) Research Grant (China) & MTSF Science and Technology Research Grant - Toray Science Foundation Fund, Japan dan UMT's Scientific Expedition to LIMA'19.

"Program ini juga menampilkan kejayaan Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) yang menerima pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Higher Institution-Centre of Excellence (HiCoE) dalam bidang tersebut, satu-satunya HiCoE yang bukan dari universiti penyelidikan.

"Pelbagai pengiktirafan antarabangsa telah diterima oleh INOS di dalam bidang tersebut seperti dari UNESCO sebagai institut yang pertama menerima IOC IODE Accredited ADU (Associate Data Unit) di dunia dan OTGS (Ocean Teacher Global Academy) Regional Training Centre di Asia Pasifik," katanya.

Selain itu, beliau berkata, Sea Turtle Research Unit (SEATRU) juga mendapat pengiktirafan dari Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai pusat konservasi penyu yang terkenal di rantau ini yang secara tidak langsung telah meningkatkan populasi penyu di perairan rantau ini.

"Setiap tahun, ratusan sukarelawan dari seluruh dunia datang ke pusat konservasi penyu SEATRU, Chagar Hutang untuk bersama penyelidik dan penuntut bagi memastikan telur penyu selamat dilepaskan ke laut," katanya.

Katanya, kesungguhan UMT turut menarik minat pelbagai institusi terkemuka untuk menjalinkan kerjasama penyelidikan dan menganugerahkan pelbagai geran penyelidikan dan pusat penyelidikan kerjasama.

"Reputasi UMT sebagai universiti perintis dalam bidang sains marin juga membolehkan universiti menerima pelbagai geran dan kontrak penyelidikan daripada industri dan agensi kerajaan.

Program berkenaan disempurnakan oleh Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman dan turut dihadiri Naib Canselor, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar.

Turut diadakan ialah Penyerahan Geran Penyelidikan (Research Grant Award) daripada Petronas Research and Scientific Service Sdn Bhd (PRSB) yang di sampaikan oleh wakil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Nik Kamarulzaman Yusof kepada Prof Madya Dr Noraznawati Ismail melalui Projek Penyelidikan, Unveiling of Marine Fouling from Offshore Platforms for Sustainability Productions berjumlah RM1.08 juta.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!