Polis Hong Kong cedera tertusuk panah

Seorang penunjuk perasaan prodemokrasi membawa busur panah ketika protes berhampiran Universiti Cina Hong Kong.
Seorang penunjuk perasaan prodemokrasi membawa busur panah ketika protes berhampiran Universiti Cina Hong Kong.
A
A
A

HONG KONG - Seorang pegawai polis cedera apabila betis kakinya tertusuk anak panah yang dilepaskan penunjuk perasaan prodemokrasi hari ini.

Insiden itu berlaku ketika pertempuran ganas antara polis dan perusuh berhampiran Universiti Politeknik Singapura.

Ini bukanlah insiden pertama perusuh melepaskan anak panah ke arah polis.

Beberapa hari lalu, sekumpulan penunjuk perasaan bertopeng melepaskan panah berapi untuk membakar pengadang yang dipasang berhampiran Universiti Cina Hong Kong.

Keganasan di hab kewangan Asia itu sudah berlanjutan selama enam bulan, menyaksikan Hong Kong dalam keadaan huru-hara apabila sistem pengangkutan tergendala, premis perniagaan dan sekolah terpaksa ditutup.

Protes bermula pada Jun lalu sebagai tindak balas terhadap cubaan oleh kerajaan yang disokong oleh China untuk mempercepatkan kelulusan rang undang-undang ekstradisi.

Rang undang-undang itu akhirnya ditarik balik tetapi demonstrasi sudah meningkat menjadi tuntutan yang lebih luas untuk demokrasi oleh penunjuk perasaan yang bimbang kebebasan unik di bandar raya itu sedang dihakis oleh Beijing. - Agensi

Artikel Berkaitan: