Letupan gas di Bangladesh ragut tujuh nyawa

Pasukan bomba bertungkus lumus mencari mangsa yang mungkin terselamat dalam kejadian.
Pasukan bomba bertungkus lumus mencari mangsa yang mungkin terselamat dalam kejadian.
A
A
A

DHAKA - Sekurang-kurangnya tujuh maut dan 15 lagi cedera selepas satu saluran paip gas meletup di sebuah bangunan kediaman lima tingkat di Bangladesh hari ini.

Kejadian di Patharghata, Chittagong itu turut menyebabkan sebahagian tembok luar bangunan tersebut runtuh.

Jurucakap polis, Alauddin Talukder berkata, mangsa yang cedera sudah dibawa ke hospital dan operasi menyelamat sedang giat dijalankan.

"Seorang bayi dan dua wanita antara yang disahkan maut dalam kejadian itu," katanya.

Tambahnya, seorang lagi mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Nurul Islam.

"Pemuda berusia 30 tahun itu meninggal dunia selepas dihempap runtuhan tembok ketika melalui lokasi kejadian," ujar Alauddin.

Polis berkata, kesemua tujuh mangsa yang maut dalam kejadian itu bukannya disebabkan terkena impak letupan sebaliknya dihempap sisa runtuhan tembok.

Artikel Berkaitan: