Hidu bau busuk, penduduk jumpa mayat warga emas

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tertangga (KRT) perumahan awam Loke Yow terkejut apabila aduan bau busuk yang dihidu di sebuah unit rumah, rupanya berpunca daripada mayat seorang lelaki warga emas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah berkata, Timbalan Pengerusi KRT itu menerima panggilan daripada salah seorang penduduk yang memaklumkan mengenai aduan bau busuk pada jam 11.31 malam, semalam.

“Pengadu telah pergi ke rumah berkenaan, memang ada terhidu bau busuk dari dalam rumah tersebut yang dipercayai bau mayat.

“Kemudian pengadu menghubungi pihak polis untuk memaklumkan tentang perkara itu untuk tindakan selanjutnya,” katanya melalui kenyataan media tadi.

Mohd Fahmi berkata, pemeriksaan pihaknya menjumpai satu mayat lelaki warga emas di rumah berkenaan.

“Mayat telah dihantar ke hospital berhampiran untuk bedah siasat, laporan bedah siasat mendapati sebab kematian adalah 'coronary artery disease',” katanya.

Artikel Berkaitan: