Pencuci tingkap jadi adiwira

Sekumpulan pencuci tingkap profesional di Pennsylvania, AS bersiap-sedia memberi 'kejutan' kepada pesakit di Hospital Kanak-Kanak Lehigh Valley Reilly.
Sekumpulan pencuci tingkap profesional di Pennsylvania, AS bersiap-sedia memberi 'kejutan' kepada pesakit di Hospital Kanak-Kanak Lehigh Valley Reilly.
A
A
A

PENNSYLVANIA - Sekumpulan pencuci tingkap profesional di Pennsylvania, Amerika Syarikat berpakaian seperti adiwira bagi menghiburkan pesakit di sebuah hospital kanak-kanak.

Spiderman, Batman dan beberapa karakter adiwira pujaan kanak-kanak berkumpul di Hospital Kanak-Kanak Lehigh Valley Reilly bagi menjayakan Superhero Day pada Khamis lalu.

Pesakit dan ahli keluarga di hospital terbabit berasa teruja melihat ‘hero’ kesukaan masing-masing membersihkan tingkap di luar bilik mereka.

Menerusi perkongsian di laman Facebook hospital itu kelihatan pesakit kanak-kanak menghampiri tingkap untuk berinteraksi dengan kumpulan adiwira tersebut.

Selain menghiburkan pesakit kanak-kanak, pekerja Performance Services Inc. di Harrisburg itu turut mengagihkan hadiah istimewa.

Usaha murni kumpulan pencuci tingkap berkenaan turut mendapat pujian netizen. - Agensi

Artikel Berkaitan: