Tujuh pelatih CCRC Sungai Ruan lolos

Wajah tujuh pelatih yang melarikan diri dari pusat terbabit hari ini.
Wajah tujuh pelatih yang melarikan diri dari pusat terbabit hari ini.
A
A
A

RAUB - Seramai tujuh pelatih Pusat Pemulihan Jagaan dan Rawatan (CCRC) Sungai Ruan, Raub sedang diburu selepas melarikan diri daripada pusat pemulihan terbabit awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, kesemua pelatih dipercayai melarikan diri melalui tingkap tandas asrama pusat pemulihan itu kira-kira jam 6.30 pagi.

Menurutnya, kesemua mereka kemudiannya keluar melalui pagar belakang pusat itu dan dipercayai menuju ke arah Taman Dahlia, Sungai Ruan.

"Tujuh pelatih terbabit ialah Tan Sian Soon, 44, Johari Mahamad, 50, Mohd Yunus Abu Bakar, 44, P Suris, 39, Ng Swee An, 47, Azreen Kusai, 36, dan Ooi Chuan Tat, 42.

"Seramai tiga pegawai dan 13 anggota polis daerah ini dibantu 40 pegawai dan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaaan (AADK) serta kakitangan CCRC Sungai Ruan berusaha mengesan semua pelatih itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua pelatih dipercayai memakai baju warna jingga ketika melarikan diri walaupun semakan dengan pihak Puspen mendapati setiap pelatih dibekalkan sehelai baju T putih dan sepasang baju Melayu.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kesemua pelatih diminta tampil menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan atau menghubungi talian 09-3552223/3551192.

Artikel Berkaitan: