Kaki pemandu lori sampah dirempuh kereta terpaksa dipotong

Mangsa kini dilaporkan stabil dan dirawat di HPP selepas kakinya terpaksa dipotong semalam.
Mangsa kini dilaporkan stabil dan dirawat di HPP selepas kakinya terpaksa dipotong semalam.
A
A
A

GEORGETOWN - Kaki kiri pemandu lori sampah sebuah syarikat pembersihan yang parah dirempuh sebuah kereta semalam terpaksa dipotong selepas gagal diselamatkan.

Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kaki mangsa dipotong sehingga paras paha kerana parah akibat rempuhan tersebut.

"Keadaan mangsa kini dilaporkan stabil dan sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 6.40 pagi semalam, Mukhtar Bahari, 62, parah dirempuh sebuah kereta dipandu wanita warga Vietnam ketika sedang mencuci bahagian belakang kenderaannya yang diparkir di bahu jalan berhampiran Bangunan Persekutuan, Jalan Anson di sini.

Siasatan mendapati wanita itu sudah enam tahun menetap di negeri itu dan kini dirawat di sebuah hospital swasta kerana cedera kepala dan dada.

Bagaimanapun, siasatan mendapati wanita itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol selain mempunyai lesen memandu Vietnam.

Polis akan merujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengetahui status lesen itu.

Artikel Berkaitan: