X

Kindly register in order to view this article
!

Panahan Azham harumkan Malaysia

Azham berada di podium juara sekaligus membakar semangatnya untuk terus serius dalam sukan memanah berkuda.
A
A

PESERTA negara Azham Affif, 37, mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya mengungguli pingat emas pada Festival Memanah Berkuda Akinci Toyu di Turki baru-baru ini.

Anak kelahiran Pulau Pinang yang kini menetap di Shah Alam itu menunjukkan prestasi cemerlang melalui kategori Tabla Turkish Track yang merupakan format rasmi pertandingan itu.

Seramai 31 peserta membabitkan 27 peserta tempatan, tiga dari Malaysia manakala masing-masing tiga dari Indonesia dan Denmark telah bersaing dalam empat kategori yang dipertandingkan.

Peserta Malaysia ditaja oleh Motaf Travel & Tour sempena ekspedisi Turkish Horseback Archery Course yang berlangsung selama dua hari bermula 9 November lalu.

Program itu mendapat kerjasama Kelab Memanah Berkuda 'Balikesir Akincilari Atli Okculuk ve Spor Kulubu’ yang telah menganjurkan festival pada penghujung musim luruh sempena kursus istimewa itu.

Sementara itu, Azham ketika ditemui hari ini bersyukur dan gembira kerana dapat mengharumkan nama negara

sekali gus mengembangkan kebolehannya dalam dunia memanah berkuda sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Terima kasih diucapkan kepada semua guru saya khususnya Master Enis Yurdakok, keluarga dan teman seperjuangan yang sentiasa menyokong aktiviti saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Azham turut menjadikan kejayaannya sebagai pembakar semangat untuk terus serius dalam sukan itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!