Ugut bunuh pengarah: Polis minta bantuan Interpol jejak tiga warga China

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang menyerahkan cenderahati kepada Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narenasagaran pada Majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah Timur Laut di Ibu Pejabat Polis Timur Laut di sini tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang menyerahkan cenderahati kepada Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narenasagaran pada Majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah Timur Laut di Ibu Pejabat Polis Timur Laut di sini tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Polis meminta bantuan pelbagai agensi termasuk Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan tiga lelaki yang terlibat dalam kes ugutan bunuh seorang pengarah sebuah syarikat pada 5 November lalu.

Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, identiti ketiga-tiga suspek warga China berusia 30 hingga 50 tahun itu telah dikenalpasti dan akan disalurkan kepada beberapa agensi termasuk Jabatan Imigresen Malaysia dan Interpol untuk bantuan.

Menurutnya, polis percaya kesemua suspek masih berada dalam negara berikutan tiada maklumat pergerakan keluar dari negara setakat ini.

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh, mereka masuk ke negara ini seminggu sebelum kejadian tersebut semata-mata mahu mendapatkan kembali wang yang dilaburkan dalam syarikat tersebut.

"Kita masih giat mengesan suspek kerana kita percaya, kemungkinan mereka bersembunyi di beberapa negeri kerana tiada maklumat pergerakan keluar dari negara.

Bagaimanapun, kita tidak pasti jika mereka menggunakan laluan tidak sah untuk keluar dari sini. Sebab itu kita mohon bantuan dari Interpol dan Jabatan Imigresen sekiranya mereka berada di luar negara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini tadi.

Che Zaimani berkata, beliau menafikan ketiga-tiga suspek berkemahiran dalam membuat bom jenis IED kerana bom yang dijumpai adalah palsu.

"Mereka ini tidak mempunyai kepakaran dalam membuat bom kerana bom yang ditinggalkan di rumah mangsa adalah palsu dan menyerupai IED jenis dinamit sahaja," katanya.

Dalam kejadian awal bulan ini, seorang pengarah sebuah syarikat diugut bunuh dan dipaksa memindahkan wang dari akaunnya oleh tiga lelaki dipercayai warga China yang memecah masuk rumahnya di Bukit Gambir di sini.

Artikel Berkaitan:

Suspek turut meletakkan dua objek IED jenis dinamit di belakang pintu masuk rumah mangsa selain mangsa turut diacukan sebilah pisau di bahagian perut sebelah kiri yang mana suspek memberitahu ayah mangsa telah menipu ramai pelabur.