Lelaki tidak pulang rumah dipercayai lemas

Operasi menyelamat masih diteruskan walaupun berdepan arus deras.
A
A

MACHANG - Seorang lelaki berusia 35 tahun dipercayai lemas di sungai Kampung Maka Joh apabila tidak pulang ke rumahnya di Kampung Maka, Labok sejak pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Nik Ahmad Afsham Nik Pa, berkata, mangsa Zarawi Mohamed penduduk menghubungi bomba kira-kira jam 9.30 malam selepas mengesyaki lelaki itu lemas di sungai berkenaan.

"Kami bergegas ke lokasi yang dikatakan Zarawi berada iaitu di jeti berhampiran selain menemubual beberapa penduduk kampung mengenai kehilangan mangsa," katanya.

Menurutnya, operasi menyelamat dilakukan bermula 8 pagi tadi melibatkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang dan empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Kota Bharu.

Bagaimanapun beliau memberitahu carian permukaan pada jarak 1 kilometer dari tempat kejadian berdepan kesukaran apabila arus sungai sangat deras.