Budak 9 tahun genggam ijazah

Laurent Simons dari Amsterdam memiliki tahap kecergasan minda (IQ) 145 kini sedang belajar untuk ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik di Universiti of Technology di Eindhoven.
Laurent Simons dari Amsterdam memiliki tahap kecergasan minda (IQ) 145 kini sedang belajar untuk ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik di Universiti of Technology di Eindhoven.
A
A
A

AMSTERDAM - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun merupakan individu paling muda berjaya mendapat ijazah sekali gus merampas rekod dunia dari Michael Kearney dari Universiti of Alabama pada usia 10 tahun.

Michael memegang gelaran itu sejak 1994 dan kini tinggal di Tennessee selepas menamatkan beberapa ijazah termasuk doktor dalam bidang kimia.

Laurent Simons dari Amsterdam memiliki tahap kecergasan minda (IQ) 145 kini sedang belajar untuk ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik di Universiti of Technology di Eindhoven.

Dia akan menamatkan pengajiannya bulan hadapan selepas melengkapkan pengajiannya dalam masa sembilan bulan.

Beliau memulakan persekolahan pada umur 4 tahun dan menamatkan sekolah menengah pada usia 8 tahun, bercita-cita untuk menjadi seorang angkasawan atau pakar bedah jantung.

Dia memberitahu The Telegraph, mahu ke California untuk melanjutkan pengajiannya kerana cuaca yang baik di sana tetapi bapanya juga berminat untuk berpindah ke United Kingdom (UK).

Laurent bersama ibu bapanya, Alexander dan Lydia.
Laurent bersama ibu bapanya, Alexander dan Lydia.

Menurut bapanya, Alexander, 37, seorang doktor gigi, Oxford dan Cambridge menjadi pilihan utama dan lebih mudah baginya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, matlamat Laurent adalah melakukan PhD dalam bidang lanjutan kehidupan dengan menjalankan penyelidikan ke atas organ-organ buatan dan robotik.

"Adalah lebih baik jika dia belajar di UK," katanya.

Laurent yang mempunyai ingatan fotografi menggemari subjek Matematik dan Sains, dan mempunyai cita-cita untuk merevolusikan pembedahan jantung kerana kedua-dua datuk neneknya mempunyai masalah jantung.

Di luar pengajiannya, dia gemar menghabiskan masa bermain permainan seperti Fortnite dan Minecraft selain menonton Netflix dan keluar bersama rakan-rakannya. - Agensi