X

Kindly register in order to view this article
!

Dua persatuan nafi sokong letak jawatan

P Prabakaran
A
A

KUALA LUMPUR - Dua persatuan menafikan menyatakan sokongan agar Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran meletakkan jawatan bagi memberikan laluan kepada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) kerusi itu.

Memetik laporan Malaysiakini, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sentul Jaya, Nasir Baba memaklumkan penyenaraian persatuannya yang merupakan salah satu dari 14 badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong Prabakaran mengosongkan kerusi Parlimen Batu adalah di luar pengetahuannya.

"Saya ingin menafikan dengan sekeras-kerasnya kenyataan itu dan tidak mengenali Mohd Helmie Mohamad Arof (wakil NGO Parlimen Batu) seperti mana yang ditularkan dalam media sosial media bertarikh 13 November.

"Persatuan Penduduk Taman Sentul Jaya tidak mengusulkan kepada mana-mana pihak dan tidak pernah melantik Mohd Helmie sebagai jurucakap persatuan ini," memetik laporan Malaysiakini hari ini.

Laporan sama menyebut, Pengerusi Persatuan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Abdul Majid Januddin turut menolak penglibatan mereka dalam persetujuan bersama 14 NGO itu.

"Kami tidak tahu menahu kes (desak Prabakaran letak jawatan) ini dan kami percaya ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama persatuan kami.

"Kami berharap pihak yang terlibat boleh muncul diri dan jangan berdiri di belakang atas nama orang lain," memetik kenyataan itu.

Semalam Sinar Harian melaporkan desakan 14 NGO menyarankan Prabakaran meletak jawatan bagi memberikan laluan kepada Tian Chua yang pernah menyandang jawatan Ahli Parlimen selama dua penggal di kawasan itu untuk bertanding semula.

Ia susulan Mahkamah Tinggi pada 6 November lalu memutuskan pelucutan hak pencalonan Tian Chua sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah tidak sah.

ARTIKEL BERKAITAN Prabakaran disaran letak jawatan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!